Aku keseorangan di pagi raya.
Thursday, September 10, 2009
Mungkin pembaca tidak sangka
bahawa ini adalah sebenarnya
Penulis ini.
Dari luar, memang tidak boleh
dinafikan bahawa penulis ini
Periang, Happy Go Lucky,
Mulut laser macam kak nam dua belas,
lembut dan bermacam lagi.
Tidakkah anda sangka yang penulis ini pintar
menyembunyikan perasaan hampanya
dan sejarah silamnya.
Penulis ini ingin sekali mengingatkan
pembaca di luar sana.
Tiada Manusia Di Dunia Ini Yang Sempurna
Tidak kiralah dari segi rupa ataupun perasaan.
Sungguh kelakar seram jikalau seorang itu
selalu Happy Go Lucky hingga ke akhir hayatnya.
Baiklah, cukup dengan penjelasan penulis ini.
Penulis ini ingin mengongsi sebuah lagu
yang amat serasi dengan hidupnya pabila
menjelang Hari Raya.
-PAGI RAYA YANG SAYU-
Aku teringin sekali ingin melihat kedua ibu bapa ku
bergotong royong pada malam raya.
Amatku rindu suasana yang lengkap
bersama disisi keluarga.
Tetapi semua ini sudah pun berlalu.
Tinggal kenangan.
Di pagi raya ini,
tidakku kedengaran salam ataupun tanda ucapan.
Walaupun bagaimana riang suasana itu sekalipun,
renunganku tetap berpaling pada sesuatu.
Tidakku menafikan betapa kosong dan sepi hatiku ini
walaupun pada hari yang berbahagia.
Sangat manis pabila mengenangi masa yang lalu.
Menyambut raya bersama keluargaku yang lengkap.
Bisikan lembut tiada kendengaran hanya suara azan
sayu berkumandang.
Aku masih lagi dapat rasakan, hangat tangan kedua ibubapaku
di pagi raya, bersalam dengan ku.
Sekarang ini, aku cuma boleh mengharapkan.
Harapan yang menggunung tinggi.
Tetamu datang, tetamu pergi.
Namun tak tiba harapanku nanti.
Hanya gambar lama dengan keluargaku dapat mengubat rinduku
Penulis berharap agar pembaca dapat memahami
isi hatinya.
Sesungguhnya, apa yang dimiliki oleh kamu
bukan untuk selama-lamanya.
Maka, bersyukur apa yang kamu ada sekarang
kerana perubahan akan berlaku dengan sekelip mata.
RUNWAY scheduled at 2:33 PM